Introduction

Welcome to English Department

10/14/2009

Minit Mesyuarat Kali Kedua 2009

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU BERNAM
36500 ULU BERNAM, PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS 2/2009

Tarikh : 16.04.2009
Hari : Khamis
Masa : 1.05 ptg
Tempat : Bilik Gerakan
Kehadiran : En. Mohd. Zakri bin A. Malek (Pengerusi)
En. Mohd Syafiq bin Mohd Ghause
Hadir Bersama: En. Mohamad Som Bin Mohd Taib (PK Pentadbiran)



BIL AGENDA / PERKARA TINDAKAN
1 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan Ummul Kitab Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi menjelaskan tujuan mesyuarat.


2 Ucapan Penasihat (En. Mohamad Som Bin Mohd Taib)
2.1 Penasihat mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru kerana sudi hadir ke mesyuarat ini.
2.2 Beliau mengharapkan semua guru BI dapat memberi komitmen maksimum dalam menjayakan segala aktiviti Panitia.
2.3 Beliau mengharapkan semua guru BI dapat mempertingkatkan peratus kelulusan BI.

3 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat lalu.
3.1 En. Mohd Zakri membentang minit mesyuarat yang lalu.
3.2 En. Mohd Syafiq menyokong agar minit mesyuarat tersebut disahkan.

4 Analisi Keputusan Ujian Bulan Mac
4.1 Keputusan seperti dilampirkan. Pengerusi berharap kasualti dapat dikurangkan.
4.2 Keputusan kelas UPSR menampakkan penurunan mengikut skala TOV yang diberikan oleh Setiausaha Peperiksaan.
4.3 Peratus lulus keseluruhan murid dalam mata pelajaran ini ialah sebanyak 50.5 % dan peratus lulus murid tahun 6 ialah 52.6 %.
4.4 Analisis keseluruhan ujian dilampirkan bersama.
5 Buddy Support System
5.1 Pengerusi menyatakan bahawa program Buddy Support System hanya akan dilaksanakan sekiranya ada guru-guru ETEMs mencapai aras 2-1 di dalam peperiksaan tahap profiensi.
5.2 Selain itu juga guru-guru ETEMS yang telah mencapai aras 4, perlu diserapkan sebagai guru buddy support system.

6 Hal-hal lain
6.1 Penasihat meminta guru memastikan murid berdisiplin ketika bergerak ke makmal komputer kerana laluan sempit.
6.2 Pengerusi menyatakan bahawa program kecemerlangan tahun 6 telah bermula dan berharap agar dapat berjalan sepenuhnya dalam membantu menaikkan peratus lulus dan cemerlang murid dalam subjek bahasa inggeris.
6.3 Pengerusi turut menyatakan bahawa beliau telah mengemaskini papan kenyataan bahasa inggeris dan memperbanyakkan kata-kata mutiara di dalam bahasa inggeris.
6.4 Beliau turut mencadangkan agar Panitia Bahasa Inggeris supaya mendapat sebuah almari berkunci supaya dapat menyimpan barangan panitia yang telah dibeli pada awal tahun ini. Ini kerana barang-barang BBM yang lama telah hilang dan digunakan tanpa pengetahuan oleh Panitia-Panita yang lain.

7 Penangguhan Mesyuarat
7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.05 ptg.

0 ulasan: