Introduction

Welcome to English Department

10/14/2009

Minit Mesyuarat Kali Ketiga 2009

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU BERNAM
36500 ULU BERNAM, PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS 3/2009

Tarikh : 21.07.2009
Hari : Selasa
Masa : 1.05 ptg
Tempat : Bilik Gerakan
Kehadiran : En. Mohd. Zakri bin A. Malek (Pengerusi)
En. Mohd Syafiq bin Mohd Ghause
En. Fauzi bin Zulkifli
Hadir Bersama: En. Mohamad Som Bin Mohd Taib (PK Pentadbiran)



BIL AGENDA / PERKARA TINDAKAN
1 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan Ummul Kitab Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi menjelaskan tujuan mesyuarat.


2 Ucapan Penasihat (En. Mohamad Som Bin Mohd Taib)
2.1 Penasihat mengucapkan jutaan terima kasih kepada ketua panitia serta guru-guru bahasa inggeris kerana sudi hadir ke mesyuarat ini.
2.2 Beliau mengharapkan semua guru BI dapat memberi komitmen maksimum dalam menjayakan segala aktiviti Panitia.
2.3 Beliau mengharapkan semua guru BI dapat mempertingkatkan peratus kelulusan BI pada peperiksaan yang akan datang.

3 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat lalu.
3.1 En. Mohd Zakri membentang minit mesyuarat yang lalu.
3.2 En. Fauzi menyokong agar minit mesyuarat tersebut disahkan.

4 Analisis Keputusan PKSR 1/2009
4.1 Keputusan seperti dilampirkan. Pengerusi berharap kasualti dapat dikurangkan.
4.2 Keputusan kelas UPSR menampakkan peningkatan yang memberangsangkan berbanding peperiksaan pengesanan yang lalu.
4.3 Peratus lulus keseluruhan murid dalam mata pelajaran ini ialah sebanyak 52.9 % iaitu peningkatan sebanyak 2.4% dan peratus lulus murid tahun 6 ialah 76.3% dengan peningkatan sebanyak 23.7 %.
4.4 Analisis keseluruhan ujian dilampirkan bersama.
5 Hal-hal lain
5.1 Pengerusi berharap agar guru-guru dapat membantu beliau dalam mengemaskinikan papan kenyataan bahasa inggeris dan memperbanyakkan kata-kata mutiara di dalam bahasa inggeris.
5.2 Beliau turut meminta agar cadangan Panitia Bahasa Inggeris untuk mendapat sebuah almari berkunci tercapai.
5.3 Beliau turut mengharapkan agar semua guru dapat memberikan komitmen yang tinggi di dalam meningkatkan kualiti P&P serta berusaha membimbing murid untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

6 Penangguhan Mesyuarat
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.05 ptg.

0 ulasan: