Introduction

Welcome to English Department

10/14/2009

Minit Mesyuarat Kali Pertama

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU BERNAM
36500 ULU BERNAM, PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI PERTAMA

Tarikh : 15.01.2009
Hari : Khamis
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Bilik Gerakan
Kehadiran : En. Mohd Som bin Mohd Taib (PK Pentadbiran)
En. Mohd. Zakri bin A. Malek
En. Mohd Syafiq bin Mohd Ghause


BIL AGENDA / PERKARA TINDAKAN
1 Ucapan Pengerusi (En. Mohd.Zakri)
1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan Ummul Kitab Al-Fatihah.
1.2 Beliau menjelaskan bahawa tujuan mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membuat ‘post-moterm’ keputusan Bahasa Inggeris UPSR 2009 dan merancang aktiviti sepanjang tahun 2009.



2 Ucapan Penasihat (En.Mohd Som MD Taib)
2.1 Penasihat mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana merancang dan meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat pada kali ini.
2.2 Beliau menyatakan bahawa mesyurat panitia perlu diadakan sebanyak tiga kali setahun mengikut perlembagaan.
2.3 Beliau mengharapkan perbincangan kali ini bertumpu kepada perancangan peningkatan akademik bahasa inggeris.
2.4 Beliau berharap agar mesyuarat pada kali ini berjalan dengan lancarnya dan berjaya.
3 Perkara berbangkit
3.1 Keputusan UPSR BI 2009 dibincangkan
- Keputusan keseluruhan peratus lulus murid adalah 67.7% berbanding 68.4% pada tahun 2007.
- Penurunan sebanyak 0.7% tetapi peningkatan dari segi murid yang mendapat pangkat A sebanyak 6.5% berbanding 0% pada tahun 2007.
3.2 Masalah yang dikenalpasti ialah
- Kekurangan guru opsyen BI.
- Masalah sosio-ekonomi murid
- Bebanan tugas guru tahun 6.
- Murid selalu ponteng kelas tambahan
4 Merancang Aktiviti Tahun 2009
4.1 Memberi penjelasan mengenai subjek Bahasa Inggeris
4.2 Pengedaran takwim tahunan mengikut aktiviti Panitia Bahasa Inggeris
4.3 Kelas Tambahan UPSR akan diselaraskan dengan matapelajaran lain.
4.4 Guru-guru perlu membuat headcount dan JSU mata pelajaran bagi setiap tahun yang diajar.
4.5 Pengagihan guru mengikut kelas.
Tahun 1 Aktif : En. Mohd Syafiq
Tahun 2 Bijak : En. Mohd. Zakri
Tahun 3 Ceria : En. Mohd. Zakri
Tahun 4 Dinamik : En. Mohd Syafiq
Tahun 5 Efektif : En. Mohd Syafiq
Tahun 6 Futuris : En. Mohd. Zakri
4.6 Kelas masa cuti akan diteruskan,jadual dari Jawatan Kuasa UPSR 2009.
4.7 Pondok-pondok perlu digantung dengan lebih bahan BI. Bahan yang sedia ada tidak mencukupi. Semua guru BI yang terlibat untuk menambah ruang BI di sekolah.
4.8 Semua kelas mesti ada English Corner dan ada carta-carta berkaitan dipamerkan.
5 Bahan Bantu Mengajar
5.1 KP meminta agar guru menyatakan cadangan untuk membeli dan menambahkan peralatan panitia yang baru.
5.2 Beliau turut meminta agar segala pengeluaran bahan perlu dicatit di buku log dan sentiasa

6 PPSMI
6.1 PPSMI mesti diberi keutamaan seperti tahun 2008. Guru-guru ETEMs yang perlu bantuan wajar dipantau perkembangannya. Ketua Panitia akan memantau ke kelas guru-guru ETEMs pada April, Mei, dan Jun.
6.2 Semua soalan dari guru ETEMs mesti diselesaikan secepat mungkin, kelas akan diadakan bermula Mac 2009 selepas Sukan Tahunan.

7 Hal-hal lain
7.1 Tiada
8 Penangguhan Mesyuarat
8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 ptg.

0 ulasan: